Sulit
3 tahun
Asma / lelah / semput / kesukaran bernafas / kesesakan dada
saya remaja berusia 17 tahun… sejak kecil lagi saya mempunyai kesukaran untuk bernafas dan mempunyai keturunan yang mempunyai asma… kesukaran bernafas menjadi lebih teruk lagi waktu demam dan bersukan… saya tak pernah buat pemeriksaan kesihatan sampai lah umur 15 tahun saya pergi klinik kesihatan… saya dah terangkan dekat doktor pasal kesukaran untuk bernafas… doktor membuat pemeriksaan degupan jantung dan beritahu saya mempunyai asma… pada waktu itu saya ada buat pemeriksaan menggunakan alat aliran ekspiratori dan menyuruh saya untuk menggunakan nebuliser… beliau hanya memberikan saya ubat cair kahak… beliau juga memberitahu sekiranya keadaan menjadi lebih serius untuk datang kembali… pada malam tersebut saya masih lagi mengalami kesukaran bernafas dan telah pergi ke klinik swasta… mereka memberikan saya inhaler untuk mengurangkan kesukaran bernafas… sampai sekarang saya menggunakan inhaler sekiranya sukar untuk bernafas… persoalannya, adakah dengan pemeriksaan sebegitu yang dilakukan saya telah di diagnos mempunyai penyakit asma?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kesukaran bernafas dan mempunyai sejarah penyakit asma dalam keluarga. Kami akan cuba membantu anda.
Kebiasaannya, diagnosis asma akan dibuat melalui pengambilan sejarah perubatan yang lengkap. Ini merangkumi simptom-simptom asma seperti sesak nafas, nafas berbunyi, kesesakan dada dan batuk (terutamanya pada waktu malam dan awal pagi). Setelah mengambil sejarah perubatan anda, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksaan kesihatan paru-paru anda. Ujian aliran ekpiratori yang anda lakukan adalah antara ujian utama untuk mencapai diagnosis asma. Selain itu. penggunaan inhaler adalah penting untuk memastikan penyakit asthma berada dalam keadaan terkawal. Jika anda mengalami kesesakan nafas yang tidak dapat dikawal dengan inhaler, anda perlu merujuk kepada hospital dengan kadar segera supaya bantuan pernafasan lain dapat diberikan. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.