Sulit
3 tahun
Anak 6 tahun Ada asma
Anak mengalamai batuk @asma yg tidak trkawal.adakah normal ank sy batuk2 setiap Hari.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda mengenai sejarah asma anak anda, anak anda mungkin menghadapi serangan asma kerana pencetus asma adalah seperti suhu sejuk, bulu haiwan atau debu tidak dihindari. Selain itu, jangkitan virus yang menyebabkan selsema dan batuk juga boleh menyebabkan asma anda semakin teruk. Langkah yang anda boleh lakukan sekarang adalah memantau symptom dan serangan asma anak anda. Anda digalakkan untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan mungkin penambahan ubat untuk mengawal simptom asma anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih