Sulit
3 tahun
Asthma. Ingin mengetahui tentang kesan ubat antara Turbohaler dan Inhaler
Saya sekarang telah disarankan untuk menggunakan Turbohaler Symbicort berbanding Inhaler biasa. Kenapakah saya disaran menggunakan Turbohaler?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, ubat sedutan asma boleh di bahagikan kepada:
- Ubat Pencegah (“preventer”)
- Ubat Pelega (“reliever/recuer”)
- Ubat Kawalan (“controller”)
Inhaler biasa kebanyakannya termasuk sebagai ubat pelega diambil semasa anda mendapat gejala seperti sesak nafas, batuk, nafas berbunyi dan ketat dada. Jika anda perlu menggunakan pelega lebih dari dua kali seminggu doktor mungkin akan menyarankan anda menggunakan sedutan jenis lain. Manakala, bagi symbicort pula, ia merupakan sejenis sedutan controller/ubat kawalan mengandungi kombinasi ubat sedutan steroid (“inhaled corticosteroid”) dan ubat pelega yang berkesan untuk jangkamasa panjang (“long acting beta 2 agonist”).
Bagaimanapun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.