Sulit
4 tahun
Asthma, anxiety and cov19
Saya perempuan berumur 27 tahun. Sejak wabak cov19 melanda, saya berasa tidak selesa di bahagian dada dan paru2.saya ada mendapatkan rawatan di hospital kpj. Setelah di saring. Saya tiada contact dengan pesakit cov19. Tapi saya berasa panic dan terus asthma. Masuk ini sudah 2 kali saya ke hospital kerana asthma. Saya ada inhaler utk kegunaan harian saya. Cuma kadang2 sangat susah bernafas. Doktor sudah membuat pemeriksaan jantung dah darah, ia nya pada paras normal… Jika saya terkena panic attack, apa yang saya perlu lakukan, kerana panic datang sekali dengan asthma… Saya berasa terganggu dan sukar tidur.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mengikut kefahamas saya, perasaan takut/cemas ini saya percaya sebagai panic attack .
Gejala panic attack merupakan seperti berikut: masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perasaan takut atau rasa sesuatu yang bahaya akan berlaku
- Takut hilang kawalan atau akan mati
- Jantung berdegup laju
- Berpeluh
- Bergegar atau menggeletar
- Sukar bernafas atau dada rasa sempit
- Menggigil
- Muka merah
- Mual
- Sakit perut
- Sakit dada
- Sakit kepala
- Pening kepala, kepala rasa ringan, kepala rasa berpusing
- Kebas atau rasa semut-semut
- Rasa terkeluar dari realiti
Selain itu, sesak nafas boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.