Sulit
2 tahun
Positif Influenza A
Doc, anak saya 15 bulan minggu lepas kena HFMD dan kena kuarantin semnggu. Lepas tu hri ini positif Influenza A tp tidak perlu warded sbb dia minum makan semua ok. Soalan saya adakah anak sya perlu dikuarantin atau boleh hantar ke taska mcm biasa? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Hal ini kerana keputusan untuk kuarantin adalah tergantung kepada gejala yang dialami oleh anak anda. Secara umum, kuarantin adalah digalakkan selagi anak masih mengalami demam. Malah, apabila anak masih bersin, selsema dan batuk, ia harus diajarkan untuk memakai mask (topeng) untuk mengelakkan daripada penyebaran terhadap orang lain terutama kanak-kanak.
Unttuk info dan maklumat tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.