muhdf2323
2 tahun
Tanda tanda influenza
adakah selesema pening loya batuk dan sakit badan merupakan tanda tanda influenza?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala-gejala diatas boleh disebabkan oleh influenza yang menyebabkan selesema, namun ia tidak terhad kepada influenza sahaja kerana penyakit lain juga boleh menyebabkan gejala serupa seperti:
- Jangkitan dalaman telinga
- Kesan ubat-ubatan
- Jangkitan dalam paru-paru
- Anemia - kurang sel darah merah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.