Sulit
2 tahun
Kesan selepas suntikan vaksin influenza
Saya wanita 35 thn baru sahaja 60 hari selepas bersalin. Saya baru mwngambil suntikan vaksin influenza sekeluarga.selepas 3 hari, badan rasa lesu, sakit2. Sendu Dan mula selsema pada waktu pagi bangun dr tido…Adakah ini kesan sampingan vaksin influeza atau simptom covid 19 ya? Trima kasih doktor.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara kesan sampingan vaksin influenza ialah:
- Sakit pada bahagian suntikan
- Kulit merah
- Bengkak atau lebam pada tempat suntikan. Kesan ini sebenarnya normal dengan mana-mana prosedur yang melibatkan jarum.
- Sakit otot
- Lemah badan
- Sakit kepala
- Tubuh badan menggeletar
- Demam
- Muntah
- Pening
Gejala yang anda alami kemungkinan adalah kesan sampingan suntikan influenza, namun pada waktu pandemik ini, kita mestilah berjaga-jaga. Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Untuk mengenal pasti COVID-19 melalui gejala sahaja adalah agak sukar. Oleh itu, saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19. Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.