ramleedingkil
2 tahun
Flu dan hidung tersumbat melebihi seminggi
Cuba pakai vick inhaler tpi masih mcm tu…skrg cuba cystal menthol…ada kurang…sakit sgt bila sedut wap tu…ada ke perlu buat kekerapan.(brapa x sehari yg perlu).ada tak side effect utk pengidap COPD
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah flu biasanya boleh disebabkan oleh:
Virus Influenza kumpulan A,B dan C
Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru.
Jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Ianya merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.
Crystal menthol boleh diambil untuk mengawal simtom anda. Walaubagaimanapun, punca masalah anda haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.