cthafizah.bmi
2 tahun
Anak demam suhu tinggi on off
Anak saya 2 orang demam, seorang umur 1 tahun 10 bulan sudah 4 hari demam. Dan seorang lagi umur 4 tahun sudah 3 hari demam. Mereka demam dengan suhu yang agak tinggi melebihi 39c, juga berair hidung dan batuk sedikit. Setiap kali bagi makan ubat demam, demam mereka akan kebah suhu turun normal, tetapi kemudian slps 4-6 jam akan demam smula.
Sudah pergi hosp masuk air dan cek darah normal.
Tetapi masih demam, dan kebah slps mkn ubat dan demam smula.
Adakah anak saya ada simptom Influenza?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca Demam
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Memandangkan anak anda telah dibawa ke hospital, kami berpendapat doktor seharusnya telah mengambil darah untuk ujian influenza. Namun, memandangkan kedua anak anda menghadapi gejala yang sama kemungkinan mereka menghidapi influenza itu ada. Kami tidak boleh mengulas tanpa laporan kesihatan anak anda. Anda boleh bertanya pada pihak hospital tentang ujian influenza tersebut bagi mendapatkan ubat yang bersesuaian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.