Sulit
2 tahun
Vaksin Influenza A H1N1
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berumur 22 tahun (perempuan). Awal tahun lepas (Jan 2020), saya telah dijangkiti influenza A H1N1. 5 bulan selepas dijangkiti iaitu pada (Jun 2020), saya telah menerima vaksin influenza. Persoalan saya, adakah saya masih perlu untuk vaksinkan diri saya pada tahun ini sebagai langkah pencegahan? Nota tambahan:saya merupakan pesakit kanser tahap 3, neurogenic bladder, asthma dan multiple sclerosis. Sekian, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, suntikan vaksin influenza ini disarakan untuk diambil oleh beberapa golongan. Antaranya:
- golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit kanser
- kanak-kanak
- orang yang berumur 65 tahun keatas
- pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi
- pesakit yang tidak mempunyai limpa
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.