
Sulit
4 tahun
Risau pasal jantung tak cukup rehat akibat exercise
Saya wanita 25tahun. Saya risau dengan exercise saya. Takut jantung saya tak cukup rehat.
Kalau exercise High Intensity Interval Training (HIIT), kita perlu exercise brp minit & brp hari seminggu?
Adakah HIIT ni sama jer dgn exercise lain (aerobic, jogging, running, rope skipping)?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sebelum kita merungkai masalah ini, anda perlu memastikan bahawa senaman yang dilakukan,
- mengikuti langkah yang betul
- melaksanakan pemanasan badan ( warm-up ) sebelum bersenamam
- melaksanakan_cool-down_ selepas bersenam
- bersenam mengikut kemampuan
- mengisi perut 2 jam sebelum bersenam
Selain itu, anda juga perlu mengetahui, tubuh badan manusia tidak boleh melakukan sesuatu perkara secara mengejut, perlu intensiti dan durasi senaman perlu ditingkatkan secara berkala, dari hari ke hari. Disamping itu, anda juga harus memastikan jarak tempoh waktu antara makan dan bersenam sekurang-kurangnya melebihi 2 jam.
Sebelum melakukan senaman berintensiti tinggi, disarankan untuk anda merujuk tahap kesihatan anda dahulu di klinik mahupun di hospital berdekatan. Selain itu, persiapan diri untuk mengharungi senaman beritensiti tinggi amat penting. Hal ini kerana senaman berintensiti tinggi boleh memudaratkan tahap kesihatan jika keadaan seseorang itu tidak sesuai dengan bentuk senaman yang dilakukan atau dalam kata lain, badan tidak dapat menerima tekanan senaman yang diamalkan.
Terdapat kajian menyatakan bahawa senaman jenis HIIT ini perlu dilakukan 30-40 min sahaja dalam masa seminggu. Dan untuk setiap kali melakukan HIIT, tempoh masa yang digunakan antara 5-15 min sahaja. Jika dilakukan secara berlebihan, ia mampu mengundang kesan buruk kepada kesihatan.
Degupan jantung meningkat selepas bersenam adalah normal, namun sekiranya ia dirasakan keterlaluan, ia boleh disebabkan:
- gangguan jantung
- tekanan darah tinggi
- gangguan organ tiroid
- kebimbangan
Walau bagaimanapun, untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Namun, sekiranya anda mendapati bahawa:
- degupan semakin kuat
- terasa sakit
- gejala semakin bertambah atau berterusan
- terdapat gejala baru (i.e sesak, pitam, dll.)
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!