
Sulit
3 tahun
Sakit bahu sebelah kanan
Hi doc,saya seorang wanita berusia 29 tahun…saya mengalami masalah sakit bahu sebelah kanan dengan kerap sejak 5 tahun lalu. Saya tak boleh duduk atau berdiri terlalu lama. Jika tak bahu kanan saya akan berdenyut dan mengambil masa beberapa hari untuk hilang…Adakah ia hanya lenguh biasa atau saya perlu mendapatkan rawatan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit bahu yang berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
- Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
- Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Seeloknya anda merujuk doktor sebelum sakit memburuk dan mengaggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.