
Sulit
3 tahun
Sakit jatuh terduduk
Hi doc, im a woman in my early 20 . ssya nak bertanya asakah bahaya jika seseorang jatuh terduduk dgn kuat? Sbb petang tadi saya jatuh tergelincir di atas simen di dapur. Saya jatuh terduduk dan belakang saya terlanggar rak besi. Tapi rasa sakit tu masih rasa kadang2 di bahagian punggung tapi tak terlalu serius. Saya rasa mcm akan lebam … Apa yg perlu saya buat ya doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda
Berdasarkan pertanyaan anda, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda hadapi adalah mungkin kerana trauma kepada tisu/otot bahagian punggung yang terhempas. Olehh itu, anda disarankan untuk
- rehat sehingga simptom anda hilnag
- kurangkan pergrakan lasak
- gunakan hot pack untuk mengurangkan radang dan bengkak
- gunakan ubat sapu/ubat tahan sakit seperti krim
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor