
Anonymous
5 tahun
Sakit leher sebelah kanan
Saya umur 33 tahun…sy nak tanye doktor sy sakit leher spot dia kat belakang telinga hampir 3 minggu…selepas training larian bersama anak murid saya… Sakit sy ni sekejap datang sekejap hilang…bila sakit tu datang sy rasa macam nak muntah dan keadaan tekak xberapa sedap…tempoh sakit dia agak lama… sakit leher saya ni kadang naik sampai kat kepala…bila tekan tempatnye yang sakit, bila diepaskan rasa sakit sgt… Sy nak tau ape masalah saya ye doktor ke tu punca2 darah tinggi atau trauma muscle …maaf ayat saya, ayat bahasa pasa…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara faktor yang biasanya menyebabkan sakit leher adalah:
- postur yang tidak baik,
- ketidakseimbangan otot,
- kekurangan stabiliti otot tengkuk,
- kecederaan whiplash
Antara cara untuk pengurusan sakit leher adalah
- Ice pack – untuk sakit leher yang akut
Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit. - hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang
Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit. Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.
Untuk pengesahan dan maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.