
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang hingga tulang punggung
Pinggang hingga tulang punggung sakit dan susah untuk bergerak setiap kali duduk atau baring, kadang-kadang betis sebelah kiri lenguh yang teramat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya, sakit belakang pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal. Namun ia juga boleh berpunca dari:
- gangguan muskuolskeletal (i.e. sprained muscle, osteoarthritis dll.)
- jangkitan kuman (i.e. Spondylistis TB, dll)
- gangguan saraf (i.e. lumbar disc herniation )
- dan lain-lain
Disampinhg itu anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan kadar segera, sekiranya terdapat juga gejala sampingan seperti:
- sakit yang teramat atau tidak hilang dengan rehat
- sakit yang berterusan atau bertambah hari demi hari
- terdapat kelainan warna kulit atau perubahan bentuk / ketekalan otot pada kawasan yang sakit
- demam atau tanda-tanda infeksi yang lain
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.