Sulit
6 tahun
Sakit pinggang sebelah kanan dan darah period tak kering selepas 14 hari
Saya berumur 36 tahun…tiba2 sakit pinggang sebelah kanan dan sukar utk berdiri, berjalan dan bergerak…setelah urut dengan bidan esoknya keluar bintik2 seperti kayap dan disahkan oleh doktor kayap, saya makan ubat Dan rawatan tradisional dah kering…tetapi pinggang tetap sakit dan kali ni melibatkan sakit bahagian belakang seperti bisa2 badan dan darah period x kering2 selepas 14 hari…harap doktor boleh bg penjelasan…thanks in advance 
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, penyakit kayap ini memerlukan rawatan yang diberikan oleh doktor dan sebarang ubat yang diambil dari pihak ketiga seperti ubat tradisional tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk atau mempunyai kesan sampingan pada badan. Masalah haid berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























