Anonymous
7 tahun
Sakit pinggang selama 5 tahun
saya lelaki berumur 31 tahun, bekerja sebagai security guard, saya mengalami sakit pinggang sejak 5 tahun lepas, setiap hari bahkan setiap saat pinggang saya sakit, kadang sakit biasa2 ,kadang sakit sangat2, saya sudah pergi cek di hospital kerajaan dan klinik swasta, mereka pun tak tahu apa punca sakit ini, mereka kata angin, usus, urat, tes darah air kencing semua kata tiada masalah apa2, dan sudah macam2 ubat saya makan, tp masih sakit setiap saat. sampai sekarang saya pun tak tahu nak berubat dimana. apakah masalah batu karang, atau buah pinggang, atau sebab apa? mohon pencerahannya dan terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh anda. Untuk makluman pihak tuan, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang antaranya:
Otot belakang yang terseliuh
Ketegangan otot belakang
Masalah struktur tulang belakang
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.






























