Sulit
5 tahun
Selalu kaki kebas, ibu jari kaki mencucuk dan sukar buang air kecil
Saya seorang perempuan awal 20-an. Akhir-akhir ni, kaki saya selalu rasa kebas yang sangat kerap dalam sehari. Ibu jari kaki saya pun macam ada rasa mencucuk dan kebas. Selain itu, saya juga sering mengalami sukar membuang air kencing. Saya sangat takut kalau-kalau ini bawa petanda yang tak baik. Harap doktor boleh bantu.
5 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saraf
- jangkitan kuman di saluran kencing (UTI)
- trauma
- gejala awal kencing manis
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular & buah pinggang
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat (sekiranya perlu) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.































