
ahmadsiaaimi
5 tahun
Slip Disc dan saklit belakang
Sy menghadapi sakit slip disc L5,L6 ni 4-5 tahun. Ikot jadual fisio terapi yang ditetapkan tp masih sakit sehingga sekarang. Scan Xray tulang belakang doktor kata ok tetapi kenapa sy masih sakit.Badan jd lemah bangun pagi terpaksa makan ubat tahan sakit untuk pergi kerja…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah “slipped disc” ini sememangnya memerlukan rawatan fisioterapi dan juga ubat tahan sakit yang berpanjangan. X-ray sahaja tidak cukup sensitif untuk melihat jika masalah slipped disc ini sudah pulih ataupun tidak. Penggunaan CT-scan ataupun MRI adalah lebih sensitif bagi melihat struktur tuang belakang. Selain slipped disc, gejala sakit belakang anda juga boleh disebabkan ketegangan otot belakang ataupun kecederaan saraf belakang akibat slipped disc. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti kesukaran kencing, kebas/sakit kaki dan sakit belakang yang teruk, anda perlu merujuk kepada doktor anda segera.
Anda juga boleh berbincang dengan doktor anda mengenai alternatif siasatan seperti menggunakan CT atau MRI dan juga membincangkan kaedah rawatan seperti ubat tahan sakit mahupun pembedahan. Sekian