
Sulit
3 tahun
Supplement minyak ikan
saya berumur 22 tahun, bolehkah saya consume minyak ikan blackmores? is there any side effect for a young girl to consume?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Untuk makluman anda, tidak menjadi masalah untuk mengambil suplemen minyak ikan (mengandungi omega 3), tetapi ianya perlu diambil mengikut dos yang disarankan.
Multivitamins pula bergantung kepada kandungan serta jenis vitamin yang terdapat dalam produk tersebut kerana lain jenama ada lain kandungannya. Vitamin secara amnya amat penting untuk menguatkan sistem imuniti badan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.