
Sulit
3 tahun
Tablet panadol kanak kanak
anak saya berumur 7 tahun, berat 32 kilo. Saya telah memberi tablet panadol kanak kanak 1 biji dan 4 jam berikutnya 1 biji lagi. Utk umur dan berat itu, berapa biji tablet sehari yg diperlukan? Berapa mg tablet panadol kanak2 itu?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, menurut Formulari Ubat KKM (Bluebook), dos ubat untuk Paracetamol ialah :
Kanak-kanak sehingga 1 tahun: 60 – 120 mg setiap dos
1 – 5 tahun: 120 – 240 mg setiap dos
6 – 12 tahun: 240 – 480 mg setiap dos
Ulang setiap 4 – 6 jam apabila perlu. Maksimum 4 dos dalam 24 jam.
Maka, pengiraan yang diambil ialah : 15mg/kg berat anak/dose.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kanak-kanak kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.