
Sulit
4 tahun
Tangan bengkak selepas disuntik jarum ketika berada di wad
Ayah sy baru je keluar wad seminggu yg lepas akibat jangkitan kuman pd luka pembedahan di bahagian peha. Ditangan tempat nurse suntik jarum tu terjadi bengkak sedangkan sudah seminggu atau lebih. Tapi ayah sy mengadu bengkak makin terasa sakit. Adkah ianya perkara biasa atau perlu dihantar rawatan segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan adalah penting untuk memberikan rawatan serta untuk mengambil sampel bagi melakukan ujian dan pemeriksaan. Bagi kebanyakan kes, prosedur ini adalah selamat dan hanya menyebabkan ketidakselesaan kecil.
Walau bagaimanapun, ada kalanya apabila seseorang mungkin mengalami tindak balas yang kurang baik, selalunya dalam bentuk jangkitan atau alergi, terdapat beberapa hal yang mungkin terjadi seperti:
- Demam
- Sakit
- Bengkak. Sebenarnya bengkak awalnya adalah normal dan akan berkurang dalam tempoh waktu sehari dua. Akan tetapi, sekiranya bengkak bertambah sebaiknya langsung dibawa rujuk ke doktor
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak beberapa hari, maka anda dianjurkan mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.