
Sulit
3 tahun
Tangan kanan bahagian atas sakit
Tangan kanan saya terhempap dengan stok semasa bekerja 3 hari yang lalu. Sekarang, saya rasa tangan yg tidak dapat bergerak, akan sakit pd bahagian atas lengan. Apa rawatan yg diberi sekiranya sy pergi hospital.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Radang Sendi
- Radang Sinovial
- Kecederaan atau Tekanan Saraf
- Kecederaan Otot
- Activiti yang membebankan
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.