Sulit
5 tahun
Tangan ke bahu kanan terasa sakit
Saya berumur 40thn. 2-3 bulan lps tangan kanan saya terasa spt menyucuk hingga ke bahu. Kerap terjadi di pergelenggan tangan, biceps, bahu dan belakang kanan bahu. Biceps terasa kejang. Utk pergerakan ke blkg terasa sakit dan kebas. Kadang2 dalam keadaan biasa terasa bahu menyucuk sekejap. Kenapa yer doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kami kurang jelas akan deskripsi cucuk jarum yang anda katakan. Jika merujuk kepada rasa kebas ia boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Kurang vitamin atau nutrien seperti vitamin B, potassium atau kalsium
- Penyakit saraf - seperti Multiple sclerosis
- Strok
- Anemia - kurang sel darah merah
- Penyakit arteri periferi - risiko penyebab seperti darah tinggi dan kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































