
Sulit
4 tahun
Tangan kebas dan menyucuk
Tapak tangan sebelah kanan sering kebas dan jari mula terasa menyucuk-nyucuk. Jari di tangan kiri sudah mula terasa menyucuk juga. Tiada demam, cuma batuk. Badan teras lesu di awal pagi. Bahagian lain kadang-kadang terasa menyucuk seperti di pinggang dan dada. Tengkuk sesekali terasa tegang. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Saya ada ke hospital 8 hari yang lalu kerana demam panas dan setelah makan ubat demam saya telah sembuh. Boleh saya tahu selewat-lewatnya berapa hari seseorang boleh terkena jangkitan Covid kerana saya telah ke hospital dan mungkin terdedah kepada jangkitan.
Saya berumur 41 tahun, perempuan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kebas tangan yang anda alami boleh disebabkan:
Diabetes
Carpal Tunnel Syndrome - apabila saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
Gejala awal strok
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan diagnosis yang tepat dan awal dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.