
Sulit
4 tahun
Tengkuk@leher berbunyi
Saya pernah menggertakkan leher kiri kanan mungkin terlalu kuat,
Dan sekarang berbunyi krak bila saya pusing kiri dan toleh ke depan,
Apakah yang patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Keterangan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, kami tidak galakkan anda untuk menggertakkan leher anda pada kebiasaan kerana perkara tersebut boleh menyebabkan yang berikut:
- Ketegangan pada ligamen dan otot leher
- Boleh menyebabkan kecederaan pada rangka leher
- Lebih risiko untuk mendapat strok
- Sakit leher yang berterusan dan tidak dapat dilegakan
- Ketika menggertakkan leher, bunyi gertakan tersebut berhasil daripada buih udara yang meletup dalam cecair sendi (synovial fluid). Buih tersebut bertujuan untuk larut dalam cecair itu dan sekiranya ia diletupkan, udara tersebut akan terhasil kembali untuk dilarutkan bersama cecair itu, dan perkara ini akan sentiasa berulang menyebabkan anda tidak dapat kelegaan yang kekal.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.