Anonymous
3 tahun
Tepijak paku dibtelapaknkaki
5 bulan yg lalu sy telah tepijak paku Dan sudah mendapatkan vaksin tetapi semalam sy tepijak paku lagi perlukan saya mendapatkan vaksin kembali…??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Penyediaan vaksin boleh bertahan selama10 tahun, jadi anda akan dilindungi dari tetanus untuk 10 tahun ke depan, jika anda mengalami kecederaan yang tidak terlalu berisiko. Walau bagaimanapun, jika luka anda yang berisiko tinggi seperti luka tikaman, doktor akan memberikan hanya serum tetanus, tanpa memberi suntikan vaksin.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih































