Sulit
5 tahun
Tidak boleh mengenggam tangan terlalu lama
Assalamualaikum dr … saya ingin bertanya knpakah tangan saya sebelah kanan tidak dapat mengenggam dengan terlalu lama ? Bila mengenggam brg terlalu lama, saya merasakan bahawa tangan saya tidak dapat bertahan lama … membuatkan barang yang saya pegang itu jatuh …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Tambahan pula, keteragan yang anda berikan adalah subjektif kerana anda tidak meletakkan nilai standar seperti minit atau saat yang jelas menunjukkan perbezaan kekuatan tangan kanan dengan kiri.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































