
Sulit
4 tahun
Tulang rusuk tak sama
Hi. Tulang rusuk kiri lebih besar berbanding sebelah kanan. Bila baring, boleh nampak perbezaannya. Boleh tahu kenapa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah tulang rusuk.
Melalui keterangan yang anda berika, saya tidak boleh menyimpulkan apa-apa penyakit melainkan pemeriksaan dilakukan di klinik. Namun, dalam ilmu perubatan, terdapat beberapa kondisi yang menyebabkan bahagian dada seseorang tidak simetri seperti:
- Binaan otot yang tidak seimbang akibat penggunaan otot di sebelah bahagian lebih banyak daripada sebelah yang lain
- Scoliosis. Tulang belakang anda melengkuk dan menyebabkan bahagian yang lain turut terikut seperti bahu dan tulang rusuk.
- Pectus excavatum dan pectus carinatum. Merupakan keadaan bahagian dada anda terbenam ke dalam atau termuncul ke luar. Kedua dua keadaan ini disebabkan oleh penyakit yang berbeza.
Sekiranya kondisi yang anda alami mengganggu aktiviti seharian atau terdapat gejal-gejala lain berlaku, sila dapatkan nasihat doktor dengan segera.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.