
Sulit
4 tahun
Vitamin C, B Complex, Folic acid
Saya berumur 26 tahun… Bujang… Tiada perancangan utk mengandung dlm waktu terdekat…
Saya bercadang utk consume 3 jenis vitamin (Vit C, B comp, Folic acid)
Ketiga2 vitamin ini berbeza tablet… Maksudnya 3 biji… Adakah boleh saya makan 3 benda ni serentak sebelum breakfast? Atau ada cadangan pengambilan lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara amnya, pengambilan supplemen vitamin C dan vitamin b complex ini selamat dalam dos yang disarankan. Namun, setiap produk mempunyai kesan sampingan atau amaran masing-masing. Anda digalakkan membaca helaian maklumat produk anda untuk maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh baca lebih lanjut tentang manfaat vitamin c di sini.
Berkenaan folic acid pula, ia merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:
- ubat mencegah kejadian neural tube defect pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
- pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah
Pengambilan folic acid walaupun tidak hamil adalah tidak dilarang kerana selain sebagai pengubatan kondisi diatas, folic acid juga dipercayai membantu proses penghasilan sel-sel tubuh. Akan tetapi, harus dipastikan anda telah terlebih dahulu mendapatkan rawatan yang sepatutnya sekiranya anda mempunyai pernicious anemia, atau kekurangan cobalamin (sejenis vitamin).
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih