firdausalfier
3 tahun
4 chambers hypokenetic prob
Saya berumur 28tahun dan telah melakukan ujian echo. 4chambers hypokenetic. Boleh dr huraikan. Lv systolic funtion with ef54%
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hypokinetic bermaksud berkurangnya gerakan jantung. Berkurangnya gerakan bagian tertentu dari jantung boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti serangan jantung (ischemic/infark yang menyebabkan otot jantung kurang/tidak mendapatkan bekalan oksigen sebagai sumber tenaga) yang disebabkan oleh coronary heart disease. Dalam kes anda, 4 chambers hypokinetic bermaksud empat bahagian pada jantung anda mengalami kurang pergerakan.
Lv systolic funtion with ef54% menunjukkan peratus darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri ketika mengecut. Tidak semua darah yang keluar ketika jantung mengecut. Nilai EF normal antara 55-70% pada orang dewasa. Penurunan EF dapat disebabkan oleh kardiomiopati, coronary heart disease, congestive heart failure. Gejala yang timbul adalah sesak nafas terutama ketika beraktiviti, bengkak di kaki atau perut, rasa jantung berdebar, rasa pening. Dalam hal anda, LV systolic function anda masih berada dalam kadar yang normal.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.