
Sulit
2 tahun
Adakah perlu untuk memakai mask jikalau mempunyai herpes simplex pada bibir?
Saya perempuan berumur 17 tahun. Saya menghidap penyakit herpes simplex pada bibir saya. Saya nak tanya kalau saya perlu atau tidak untuk memakai mask muka?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kegunaan mask yang digunakan kebiasaanya unutk mengelak jangkitan virus atau bakteria yang boleh dijangkiti melalui batuk atau selesema.
Hepes Simplex ini tidak dijangkiti melalui batuk atau selesema tetapi boleh melalui sentuhan pada lapisan mukosa yang telah terbuka seperti luka atau ulser di bibir.
Anda dinasihatkan untuk kurang menyentuh lapisan tersebut dan sentiasa membersihkan tangan serta elakkan bersentuh dengan orang lain samada dengan tangan atau bibir.
Sekiranya masalah ini masih berlanjutan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.