Sulit
3 tahun
Air terapi Terahertz
Salam sejahtera doc,
Saya nak minta pandangan dengan air terahertz yg banyak kali lihat dijual di psar mahupun di online. Ayah saya lihat iklan air tu . Dan menyuruh saya beli . Katanya untuk kesihatan. Adakah selamat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda mengenai produk yang dinyatakan oleh anda. Untuk pengetahuan anda, kami tidak tahu dan tidak dapat menjelaskan kepada anda mengenai minuman tersebut kerana kami kurang pasti terhadap kandungannya.
Selain itu ingin kami tekankan bahawa agar tidak terpengaruh kepada produk-produk yang mempunyai claim yang melampau.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.