Sulit
3 tahun
Bacaan glukos dalam darah tinggi
Saya seorang wanita berumur 44 tahun. Selama hampir seminggu saya lakukan ujian bacaan glukos dalam darah secara sendiri dirumah dan saya dapati average reading adalah antara 7-12 mmol/l. Saya menjadi agak bimbang. Adakah saya menghidap penyakit kencing manis? Bolehkah doktor berikan pandangan dan nasihat apakah yang perlu saya lakukan.
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, bacaan normal bagi ujian darah untuk glukose adalah seperti berikut :
Fasting Blood Sugar (tanpa makan) : 4.4-7.0 mmol/L
2hr Postprandial (2jam lepas makan) : 4.4-8.5mmol/L
Maklumat yang diberikan oleh anda tidak mencukupi untuk memberikan kepastian jika anda menghidapi penyakit kencing manis. Kami tidak dapat memberikan diagnosis tanpa menjalankan ujian tambahan. Sila rujuk perkara ini kepada doktor perubatan supaya ia dapat disiasat dan rawatan boleh diberikan kepada anda sekiranya perlu.
Anda boleh menghubungi kami mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.