
Sulit
4 tahun
Baru 2 hari ambil ice nie…atas pengaruh kwan2
Hi doktr…
Sy mengalami masalah gigi beransur tukar kpd kekuningkuningan…sy sering mngetip bibir…sy trjebak dngan ice ini pown di sbbkan oleh untk sex,pengaruh dri kwan2…pade mula nya sy tidak tawu itu adalah ice…
Pada hari pertama pengambilan sy…sy sukar untk tidur mlm…hilang selera makan,rasa loya tekak,muntah,cepat berpeluh,denyutan nadi & jantung yg bergerak pantàs dri normal…
Pada hari kedua pengambilan…mlm itu baru lah sy tawu bnde itu adalah ice…
Sy ambil ice ini adlah smate mate untk sex…di pendek kn cerita…pada lewat mlm hari 2 itu…sy x jadi untk melakukan sex…trus tanpe pikir panjng sy lakukan onani…onani kali ini sngt berbeza dngan sebelum2 ini…
Selepas itu sy mandi guna air hangat dan semase tngah mndi itu sy perasan mcm sy telah mngalami ANGIN PASANG…
Trdpt bengkak belah kiri & kanan di bahagian bulu ari-ari sy…sy juga mengalami sakit dada dan kencing x lawas…
Mohon doktor bole bgi pencerahan…kerana sy dh tekad untk berhenti dri hisap ice ini…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Hernia atau angin pasang berlaku apabila kandungan dalam satu-satu ruang badan (biasanya abdomen) membonjol keluar daripada kawasan yang biasa mereka berada. Terdapat beberapa jenis angin pasang :
- Inguinal hernia
- Hernia femoral
- Hernia hirisan
Untuk makluman pihak anda, masalah hernia ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang meningkatkan tekanan dalam ari-ari. Antaranya:
- obesiti
- mengangkat objek berat
- batuk kronik
- meneran semasa membuang air besar atau kecil
- penyakit paru-paru kronik
- ada cecair atau ketumbuhan yang besar dalam ruangan abdomen
Komplikasi dari angin pasang ialah :
- angin pasang surut
- angin pasang tidak surut
- angin pasang terbelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.