Sulit
3 tahun
Bengkak tonsil dan kepala terasa melayang layang
Sy lelaki berusia 26 tahun sy mengalami bengkak tonsil sedikit di sebelah kiri pada masa yg sma kepala sy rasa melayang tetapi tidak pening terasa seakan berada diatas kapal dan rasa brgerak apabila fokus pada satu objek. Doc beri pncerahan adakah pnyakit yg sy alami ni serius?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan tonsil di sebelah kiri dan kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda.
Antaranya:
- keradangan tonsil
- keradangan anak tekak
- peritonsilar abses
- abses mulut
Walaubagaimanapun, gejala pening kepala dan tonsil anda tidak semestinya disebabkan oleh punca yang sama tetapi anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera supaya rawatan yang sepatutnya boleh diberikan.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.