Sulit
3 tahun
Tonsil sebelah Kiri bengkak sejak kecil
Salam sejahtera, saya wanita bujang berumur 21 tahun. Saya nak tanya, tonsil saya sebelah Kiri ni memang dia bengkak atau kelihatan besar dari normal sejak kecil lagi. Dan boleh dikatakan hampir setiap tahun saya akan mengalami sakit tonsil. Adakah normal jika kita memiliki tonsil yang besar/bengkak sejak kecil walaupun tidak sakit ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tonsil adalah sesuatu organ dalam sistem limfa. Pembesarannya boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan (keradangan)
- Abses
- Alahan
- Batu amandel
- Sista amandel
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya penjelasan serta rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.