
Sulit
3 tahun
Tonsil Sebelah bengkak sedikit dan trdapat bintik putih
Sy lelaki berumur 26 tahun tidak demam tetapi tonsil sebelah kiri sy bengkak sedikit trdapat bintik putih sekali tapi tidak sakit cuma tekak je rasa tegang dan tidak selesa

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian tekak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
- penyakit refluks asid
- alergi
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.