Sulit
3 tahun
Sudah ambil antibiotik injection dan pil tapi tonsil putih seakan nanah masih ada
Mohon doktor jelaskan,kenapa saya sudah ambil injection dan pil antibiotik tapi still tidak elok,tekak tidak sakit hanya berdenyut sekali sekala…telinga ada sedikit sakit…apa perlu saya lakukan doc?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, kebanyakan kes tonsillitis atau jangkitan tonsil akan pulih dalam masa 4 hingga 10 hari. Namun, jika ia tidak pulih dengan antibiotik kemungkinan tonsil boleh dijangkiti dengan virus yang memerlukan ubat antiviral. Namun begitu, perkara ini perlu diperiksa dengan lebih mendalam sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Oleh itu, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.