suhailahsinin
3 tahun
Tonsil sebelah kanan bengkak tapi tiada demam
Hi, saya wanita berumur 32 tahun. Tonsil sebelah kanan saya besar daripada normal (berbentuk bulat, 2cm) tetapi tiada rasa sakit atau demam. Masalah ini sudah lebih sebulan tetapi mungkin lebih lama lagi sebab saya kurang pasti bila tonsil mula membesar. Soalan saya, apakah masalah kesihatan saya? Dan boleh kah saya mengambil vaksin pada 24/08/2021 sebab saya risau sekiranya kesihatan tonsil saya adalah petanda masalah kesihatan yang lebih serious.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh terima suntikan vaksin mengikuti jadual tarikh vaksinasi anda, ia tidak akan mempengaruhi kesihatan anda sebab pembesaran tonsil anda. Fungsi dan kesan vaksinasi juga akan seperti biasa.
Selain itu, pembesaran tonsils boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Alahan
- SIsta amendel
- Jangkitan (virus atau kuman)
- Batu amandel
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.