Sulit
2 tahun
Tonsil kerap bengkak
Salam sejahtera, sy wanita berumur 30 tahun. Dan kerap mengalami tonsil bengkak bermula dari tahun 2021. Sehingga hari ini kekerapan tonsil sy bengkak melebihi 6 kali sepanjang tempoh setahun. Saya ada pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat, tiada saranan dari doctor untuk membuang tonsil. Setiap kali ke klinik, doctor akan bekalkan saya dengan antibiotic (Augmentin) tetapi tonsil masih bengkak selepas sebulan atau dua bulan. Soalan saya, apakah perkara/method yang boleh dilakulan untuk mengelakkan kejadian bengkak tonsil ini berlaku dengan kerap? Adakah apa2 ubatan yang perlu diambil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tonsil adalah sesuatu organ dalam sistem limfa. Pembesarannya boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan (keradangan)
- Abses
- Alahan
- Batu amandel
- Sista amandel
- Ketumbuhan
Berdasarkan kenyataan anda, doktor anda telah memberi antibiotik dan anda masih belum sepenuhnya.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, sebaiknya anda merujukkan masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya penjelasan serta rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.