Sulit
2 tahun
Adakah ubat yang tersekat boleh menyebabkan tonsil membengkak?
Salam doc, saya wanita 20-an minggu lepas saya ambil supplement dalam bentuk kapsul dan ubatnya tersekat di kerongkong. Lepas bangun pagi ubat dah surut, tapi saya rasa tak selesa di tekak dan tonsil kanan bengkak (tak besar). Pada masa itu saya berasa tidak selesa menelan air minuman dan merasakan rasa kering di tekak. Saya tidak demam, tidak batuk, dan tidak sukar bernafas. Selepas 1 minggu, rasa kering mula bertambah baik, telan air minuman juga lebih baik daripada hari itu, tonsil saya juga sedikit kempis. Tetapi saya berasa terganggu dengan tonsil saya dan terus berhati-hati semasa menelan.
Betul ke ubat yang tersekat boleh menyebabkan tonsil bengkak?.. Dari perkembangan ini adakah tonsil saya akan kempis dan kembali normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pembesaran tonsils boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Alahan
- SIsta amendel
- Jangkitan (virus atau kuman)
- Batu amandel
- Ketumbuhan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk masalah ayah kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.