Sulit
3 tahun
Anak kerap kena tonsil biarpun sudah mengambil antibiotik augmentin
Anak saya berumur setahun sembilan bulan. Dua bulan lepas demam tinggi dan bengkak tonsil. Kemudian tonsil ya bengkak dan agak susah nak menelan. Anak Sya berhingus namun tidak pula demam kali ini. Cuma kurang sedikit selera makan dan Klau malam anak Sya terus nangis² balik² menelan air liur…doc mohon penjelasan supaya anak saya boleh sembuh dari tonsilnya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, radang tonsil sering diakibatkan oleh virus dan kadangkala bakteria sehingga menyebabkan simptom yang teruk dan memerlukan antibiotik. Masalah ini sememangnya serius lebih-lebih lagi apabila mengganggu aktiviti harian anak anda.
Berikut merupakan usaha yang boleh anda ambil di rumah:
- Banyakkan rehat
- Minum air suam atau sejuk yang boleh melegakan tekak
- Makan makanan yang lembut seperti bubur
- Kumur tekak dengan air suam bersama garam
- Makan ubat yang sepatutnya seperti diberikan oleh doktor
Walaubagaimanapun, kami menasihati supaya masalah ini dirujuk kepada doktor untuk rawatan yang tepat. Ia untuk memastikan anak anda tidak mempunyai jangkitan Strep yang lebih teruk. Ia juga mempunyai komplikasi yang merbahaya.
Anda juga boleh berbincang dengan doktor perihal rawatan pada masa hadapan. Dalam situasi tertentu, pembedahan tonsil atau tonsilektomi boleh dilakukan sebagai ikhtiar terakhir seperti masalah sleep apnoea.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.
Kami amat menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.