Sulit
3 tahun
Bercium mulut dgn berhubungan dgn penghidap hepatitis c
Saya wanita berumur 29 tahun. Baru baru ni ada berhubungan dgn seorang lelaki ni (tidak memasukkan penis ke dalam vagina tetapi dia keluarkan air mani di atas badan sy) Dia di katakan ada hepatitis c. Tapi viral load dia not detected. Adakah sy perlu risau?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, risiko untuk anda dijangkiti hepatitis C adalah rendah. Hepatits C menular melalui pertukaran darah. Virus akan memasuki badan apabila terdapat percampuran darah dengan individu yang telah dijangkiti. Ini dikenali sebagai penyakit berjangkit bawaan darah (bloodborne disease). Antara cara penularan adalah:
Penagih dadah yang berkongsi jarum picagari untuk menagih dadah. Ini adalah cara majoriti penyakit ini menular.
Penggunaan semula instrumen medikal atau kaedah sterile yang tidak cukup terutamanya picagari dan jarum di dalam sektor kesihatan awam. Biasanya terjadi di negara yang mempunyai sistem kesihatan yang miskin.
Transfusi produk darah yang tidak diuji terlebih dahulu. Ini agak jarang berlaku pada masa sekarang.
Melalui hubungan seksual namun ia jarang terjadi.
Ia tidak berjangkit melalui sentuhan terus seperti memeluk dan bercium atau berkongsi pakaian atau makanan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai keraguan dan inginkan maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.