joe87
5 tahun
Adakah penyakit hepatitis c boleh sembuh sepenuhnya n tidak berjangkit dengan orang lain?
saya telah menjalankan ujian darah mendapati saya reactive penyakit hepatitis c… doktor telah memberi saya injection n saya juga pernah pergi buat ultrasound… pabila beberapa bulan selepas itu… saya membuat ujian darah lagi n mendapati keputusan non reactive n saya buat kali kedua selepas 3 bulan mendapati masih non reactive… adakah saya sembuh sepenuhnya dari penyakit hepatitis c?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak tuan hal ini memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai status kesihatan tuan dan memerlukan ujian bagi mengesahkan sama ada tuan bebas penyakit ini atau sebaliknya. Doktor yang memantau kesihatan tuan pastinya lebih arif tentang hal ini kerana dia yang mengikuti perkembangan kesihatan tuan. Untuk mengatakan tuan bebas dari jangkitan memerlukan kriteria tertentu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.