Anonymous
2 tahun
Ujuan darah untuk Hepatitis c
Saya berusia 18 tahun. Semasa membuat ujian darah untuk medical checkup, hepatitis c test adalah reactif. Doctor seterusnya membuat ujian virus hepatitis c. Saya mengamalkan hidup sihat. Adakah kemungkinan saya mengidap hepatitis c?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
hepatitis c adalah virus yang boleh disebarkan melalui perkongsian darah ataupun cecair badan. Antara cara penyebarannya ialah:
- penyebaran melalui ibu kepada anak
- berkongsi jarum
- kecederaan bahan tajam yang sudah tercemar dengan hepatitis C
- hubungan seks rambang
Dalam sesuatu ujian, sesuatu keputusan boleh nampak positif walaupun dia tidak dijangkiti dan ini dinamakan false positive. Tetapi anda boleh juga sebenarnya dijangkiti hepatitis apabila ianya reaktif.
Sekiranya anda mempunyai simptom seperti berikut;
- air kencing gelap
- kuning seluruh tubuh
- sakit perut terutamanya pada sebelah kanan
- merasa gatal berpanjangan pada kulit,
- berasa lesu sepanjang masa
anda berkemungkinan besar dijangkiti hepatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.