fatah
5 tahun
Kaitan buat tatu dengan hati
Hi doc, saya baru buat tatu di Thailand pastu kawan saya ada bagitau ada risiko dapat radang hati. Apakah kaitan buat tatu dengan hati Dr. ? Adakah saya berisiko?
5 tahun
Selamat pagi! Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Terdapat beberapa jenis virus yang boleh merebak melalui cecair badan seperti:
- Air mani
- Darah
Contoh-contoh virus yang merebak melalui cecair badan ialah:
- Virus hepatitis B
- Virus hepatitis C
- HIV
Semasa proses membuat tatu, mesin tatu akan menjadi tercemar oleh darah daripada orang lain. Darah orang lain mungkin telah dijangkiti oleh virus-virus yang dinyatakan di atas.
Oleh itu, jika mesin tersebut tidak dibersihkan dengan teliti menggunakan agen-agen pembasmi kuman, maka virus-virus tersebut akan kekal pada permukaan mesin tersebut.
Apabila anda membuat tatu, virus-virus tersebut akan masuk ke dalam salur darah anda dan anda akan mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap jangkitan virus. Jangkitan virus hepatitis B dan C boleh menyebabkan radang hati yang kronik.
Jika radang hati tersebut tidak dirawat, komplikasi-komplikasi yang boleh mendatangkan maut seperti kegagalan organ hati atau barah hati boleh berlaku.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti seperti berikut perlu dielakkan:
- Tindik
- Tatu
- Akupuntur
Anda berisiko, akan tetapi tidak semestinya dijangkiti. Anda dinasihatkan untuk menjalani ujian darah di klinik atau hospital bagi mengesahkan status anda bebas dari sebarang jangkitan.
5 tahun
Salam sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Amalan tatu yang tidak selamat boleh menyebabkan penyakit seperti:
- Hepatitis B
- Hepatitis C
- HIV
Jangkitan hepatitis C disebabkan oleh virus hepatitis C (HCV) dan merupakan jangkitan paling berbahaya dari semua jenis virus hepatitis. Ini kerana virus ini boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik.
Jangkitan ini boleh menyebabkan:
- Warna kulit dan mata kuning (jaundice)
- Kencing yang berwarna gelap
- Demam
- Lelah
- Sakit sendi
- Kulit gatal
- Kaki bengkak
- Penurunan berat badan
- Najis yang berwarna kelabu
Selain penyakit hati kronik, jangkitan ini juga boleh menyebabkan kanser hati dan kegagalan hati.
Jangkitan ini boleh merebak melalui:
- Membuat tatu
- Tindik tubuh dengan peralatan yang tidak steril
- Melalui cecair badan (seperti air liur, air mani dan cecair faraj)
- Hubungan seksual
- Suntikan yang tercemar
- Melalui transfusi darah
- Transplantasi organ
- Lahir dari ibu dengan infeksi hepatitis C
Anda digalakkan untuk menjalani ujian darah di klinik atau hospital berhampiran untuk memastikan anda bebas dari jangkitan.