Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman dan hati
Hai saya nak tanya apakah sebab hati seseorang itu sedikit bengkak? Adakah hati yg bengkak itu boleh mberikan kesan kepada usus? Mohon penjelasan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah bengkak hati boleh disebabkan pelbagai perkara seperti:
- Fatty liver di mana satu penyakit hati bercirikan pengumpulan sel lemak di hati. Fatty Liver merupakan satu spektrum penyakit hati
- pengumpulan sel lemak di hati sahaja (steatosis)
- dengan tanda-tanda kecederaan sel hati (steatohepatitis) dan
- juga dengan proses pemparutan hati separa (fibrosis) dan
- akhirnya boleh membawa kepada peringkat sirosis.
Sirosis boleh di definasikan sebagai proses pemparutan pada tahap yang kuat di hati berpunca dari pelbagai sebab (antaranya fatty liver ) dan seterusnya memyebabkan pengurangan fungsi hati dan juga kanser hati atau hepatoma.
Pesakit yang mempunyai fatty liver telah di kenal pasti mempunyai ciri-ciri histopatologi (mikroskopik) hati seperti seorang peminum alkohol walhal mereka tidak pernah minum alkohol, atau pun pengambilan alkohol tersebut tidak signifikan.
Pesakit tipikal fatty liver adalah seseorang yang mempunyai masalah obesiti, diabetes mellitus, darah tinggi, dyslipidemia (tahap kolesterol yang tinggi terutama triglyceride) atau keseluruhannya mempunyai tanda-tanda pengidap sindrom metabolik
. Walau bagaimana pun, fatty liver juga boleh berpunca daripada pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan sesetengah ubat-ubatan, komplikasi selepas pembedahan usus dan juga berkaitan dengan penyakit hepar yang lain seperti penyakit wilson.
Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa fatty liver di kesan dalam 20 % populasi penduduk di Amerika Utara dan Eropah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kadar fatty liver di Jepun adalah sebanyak 30 % dalam tahun 2004. Lingkungan umur pesakit fatty liver adalah 40-49 tahun dan ianya kerap berlaku di kalangan kaum lelaki.
- Hepatitis
Hepatitis ialah penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan lain-lainnya.
Sebab yang biasa penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis hepatitis viral, antaranya ialah:
- Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis A.
- Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis B.
- Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis C.
- Penyakit batu karang hempedu
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Ia terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar dari pundi hempedu. Batu karang hempedu juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik atau duktus hempedu. Batu karang hempedu dikelaskan berdasarkan komponen kimia dalam batu kolesterol, batu pigmen dan batu bercampur. Majoriti batu karang hempedu adalah batu bercampur.
Bengkak hati boleh menjadi kanser hati dan memberikan kesan kepada usus jika kanser hati merebak ke usus. Oleh itu, pemeriksaan rapi wajib dilakukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.