Anonymous
2 tahun
Cara jangkitan Hepatitis C
Assalamualaikum…
Saya terbaca, antara punca jangkitan Hepatitis C adalah melalui air liur, air mani dan lain-lain.
Soalan saya:
Adakah dengan bercium mulut dengan pesakit hep C, kita boleh dijangkiti?
Adakah dengan menyentuh air mani pesakit Hep C, kita boleh dijangkiti?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, anda boleh mendapat jangkitan hepatitis C secara ciuman jika, terdapat luka pada kedua-dua mulut anda dan pesakit dan jangkitan berlaku akibat kuman dari darah pada luka di dalam mulut pesakit masuk melalui luka di mulut anda. Air luir tidak mengandungi kuman hepatitis C sekiranya tiada luka di dalam mulut pesakit.
Sekiranya terdapat luka pada bahagian yang menyentuh air mani tersebut, jangkitan boleh berlaku dengan kuman pada air mani masuk ke dalam tubuh melalui luka pada bahagian yang menyentuh air mani tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.