Anonymous
2 tahun
Bintik bintik putih di kemaluan
Saya lelaki,32 tahun,ada seakan2 jerawat di sekitar kemaluan saya,adakah itu sifilis atau apa ye?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan jerawat/bintik putih di bahagian kemaluan. Maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan untuk mengetahui punca tersebut, tidak boleh dibuat simpulan bahawa ini adalah disebabkan sakit herpes. Antaran punca yang boleh menyebabkan gejala tersebut adalah seperti:
- Folikulitis
- Dermatitis kontak
- Kutil kelamin
- Pearly penile papules
- Bintik fordyce
- Jangkitan herpes
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat yang selanjutnya adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.